Kepada semua murid-murid tingkatan 5 dan tingkatan 6 di seluruh negara, selamat menduduki SPM dan STPM 2009. Buatlah yang terbaik demi masa depan anda. Jangan hampakan harapan ibu bapa dan guru-guru. Selamat menduduki peperiksaan. Berusahalah untuk kejayaan anda.
17 November 2009
SELAMAT MENDUDUKI SPM DAN STPM 2009
Kepada semua murid-murid tingkatan 5 dan tingkatan 6 di seluruh negara, selamat menduduki SPM dan STPM 2009. Buatlah yang terbaik demi masa depan anda. Jangan hampakan harapan ibu bapa dan guru-guru. Selamat menduduki peperiksaan. Berusahalah untuk kejayaan anda.
06 November 2009
SELAMAT MENDUDUKI MUET
06 Oktober 2009
SELAMAT MENDUDUKI PMR 2009
28 September 2009
15 September 2009
16 SEPTEMBER HARI MALAYSIA
31 Ogos 2009
TERIMA KASIH MALAYSIA

Dengan rasa rendah diri saya bersyukur kehadrat Ilahi kerana memberikan keamanan dan kebebasan di bumi Malaysia yang bertuah ini.Semoga keharmonian negara kita kekal untuk selama-lamanya. Selamat menyambut hari kemerdekaan kali ke-52. 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Merdeka, Merdeka, Merdeka.
30 Ogos 2009
TAHNIAH KEPADA PENERIMA PENGAKAP RAJA

Scout06 SM Ken Hwa Keningau, mengucapkan tahniah kepada 6 orang ahli Pengakap Keningau kerana telah dianugerahkan Lencana Pengakap Raja di Istana Negeri pada 11 Ogos 2009. Semoga kejayaan anda akan menjadi dorongan yang kuat kepada semua ahli Pengakap di Keningau. Syabas dan tahniah. Anda adalah yang terbaik.
21 Ogos 2009
SELAMAT BERCUTI
20 Ogos 2009
SELAMAT BERPUASA

Kepada semua umat Islam di seluruh dunia selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa. Banyakkan amal dan sedekah di bulan yang mulia ini. Ahli-ahli pengakap yang beragama Islam di seluruh dunia, buatlah banyak kebajikan di bulan Ramadhan ini. Semoga Allah swt menerima ibadah kita. Amin.
19 Ogos 2009
KIBARKAN JALUR GEMILANG
RIMUP 2009 MERIAH
Pada 14 Ogos 2009, SM Ken Hwa telah mengadakan sambutan RIMUP 2009. Majlis tersebut dirasmikan oleh Yang di-Pertua PIBG En. Chai Nyuk Kong. Pelbagai persembahan kebudayaan telah diadakan seperti tarian, nyanyian, pantomin dan peragaan pakaian tradisional. RIMUP 2009 dikendalikan oleh MPP Prauniversiti SM Ken Hwa yang diketuai oleh Norkhamissah Mohd. Nordin. Tema RIMUP 2009 ialah " Budaya Teras Perpaduan "
11 Ogos 2009
BAHAN MAKLUMAT - Konsep 1 Malaysia ( Penjelasan Mengenai Lapan Nilai) ‘1 MALAYSIA’

(Dipetik Daripada : Bahagian Penerbitan Dasar Negara)
1. PENGENALAN
Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.
Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara
1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.
‘1 Malaysia’ memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.
1 Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.
Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara Malaysia. Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.
Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.
1 Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.
Pemimpin dan rakyat perlu memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integiti.
2. DEFINISI
Konsep 1 Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak:
“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita;
Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.
Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”.
2.1 Huraian
Berdasarkan penjelasan di atas, dapat dirumuskan kesimpulan berikut :
2.1.1 Konsep 1 Malaysia menuntut setiap warganegara dan pemimpin memainkan peranan masing.
Ayat yang menyebut “Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People” menuntut rakyat daripada pelbagai kaum dan agama berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing. Mereka juga di tuntut melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum.
Justeru, bangsa Melayu sebagai contoh, diminta tidak hanya berfikir dalam skop bangsa mereka sahaja. Mereka juga diminta tidak hanya membataskan tindakan mereka kepada perkara-perkara yang menjadi kepentingan mereka sahaja. Demikianlah juga dengan kaum-kaum yang lain, mereka dituntut melakukan perkara yang sama.
Sementara ayat “dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita” lebih menjurus dan bersangkutan dengan kepimpinan negara. Perenggan ini bermakna kepimpinan negara akan melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak semua kaum dan etnik di Malaysia.
2.1.2 Nilai tambah dan pembaharuan dalam Konsep 1 Malaysia
“Mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita” telah dilaksanakan kerajaan semenjak kemerdekaan negara lagi. Perkara ini berjalan dalam bentuknya yang tersendiri iaitu pihak kepimpinan negara melayani kehendak dan keperluan setiap etnik melalui wakil kaum masing-masing.
Melalui konsep 1 Malaysia, YAB Perdana Menteri mahukan setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain.
3. PERBEZAAN ANTARA KONSEP 1 MALAYSIA DENGAN KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA
Berpandukan definisi konsep 1 Malaysia yang dinyatakan di atas, konsep 1 Malaysia memiliki kelainan seperti berikut:
3.1. “Konsep Malaysian Malaysia adalah satu dasar yang mahu menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan yang wujud buat sekian lama. Keadilannya diambil secara membuta tuli dengan mengambil konsep kesamarataan versi total. Tetapi konsep 1 Malaysia lebih kepada untuk mengharmonikan rakyat dalam ruang lingkup yang berbeza”.
3.2. Di samping menjaga kepentingan semua kaum, konsep 1 Malaysia juga menekankan soal integrasi dan pengwujudan bangsa Malaysia. Berbeza dengan Malaysian Malaysia yang hanya terbatas kepada kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti dan sejarah negara Malaysia.
4. KEDUDUKAN KONSEP 1 MALAYSIA
Konsep 1 Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru. Sebaliknya Konsep 1 Malaysia ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin Kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.
5. HUBUNGAN KONSEP 1 MALAYSIA DENGAN DASAR-DASAR KERAJAAN TERDAHULU
Perkaitan antara konsep 1 Malaysia dan dasar-dasar megara terdahulu dinyatakan sendiri oleh YAB Perdana Menteri. Beliau menegaskan “konsep 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan, adalah kesinambungan daripada dua konsep yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri terdahulu.
Konsep ini bukanlah suatu perkara baru. Sebaliknya “1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, merupakan satu usaha yang telah lama diamalkan. Usaha-usaha memelihara dan menjaga kepentingan rakyat serta negara sudah dilaksanakan sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Usaha-usaha membangunkan rakyat dan negara telah disambung oleh Perdana-Perdana Menteri seterusnya. Setiap Perdana Menteri mempunyai gagasan tersendiri, namun matlamatnya tetap sama iaitu untuk rakyat dan negara.
6. MATLAMAT
‘1 Malaysia’ bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.
‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat seperti yang terpamer melalui slogan YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.
7. NILAI-NILAI 1 MALAYSIA
Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep ‘1 Malaysia’. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai-nilai tersebut adalah:
1. Budaya kecemerlangan
2. Ketabahan
3. Rendah hati
4. Penerimaan
5. Kesetiaan
6. Meritokrasi
7. Pendidikan
8. Integriti
7.1. BUDAYA KECEMERLANGAN
Pengamalan budaya cemerlang akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya.
7.1.1 Budaya cemerlang perlu dilaksanakan secara berterusan dengan mementingkan prestasi sebagai pengukuran tahap pencapaian atau kemajuan.
7.1.2 Prinsip ketepatan menjadi elemen dalam menentukan kecemerlangan. Ketepatan menguruskan masa amat penting dalam menentukan kemajuan dan penerimaan orang lain terutama apabila berurusan dengan pihak-pihak luar negara.
7.1.3 Ketepatan pengukuran, jadual penyampaian dan kualiti amat berhubung rapat bagi menentukan kecemerlangan dan kejayaan.
7.1.4. Negara luar akan mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang mementingkan kualiti dan ketepatan dalam segala bidang terutama dalam sistem perdagangan dunia yang berteraskan eksport.
7.2. KETABAHAN
Setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan ketekunan mereka. Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan.
7.2.1 Rakyat Malaysia perlu tabah menghadapi dugaan dan cabaran untuk kejayaan diri dan Negara.
7.2.2 Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan adalah ramuan yang terbaik mencapai sesuatu matlamat.
7.2.3. Ketabahan dalam menghadapi perubahan peribadi wajar dijadikan wadah bagi memperbetulkan kesilapan atau kegagalan perkara-perkara yang terdahulu.
7.2.4. Kejatuhan atau kemerosotan yang dialami perlu dikaji kelemahan-kelemahan yang ada dan perlu memperbaikinya secara positif.
7.2.5 Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan kepada takdir perlu dikikis jika ingin maju dan berjaya
7.2.6 Dalam menangani kegagalan, pendekatan yang berbeza dan kreatif perlu diambil bagi menghasilkan perubahan yang lebih besar dan menakjubkan
7.5.7 Semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh perlu ada bagi mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara.
7.3 RENDAH HATI
Rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki. Dalam Islam, rendah hati dikatakan Tawaduk’. Sifat merendah diri amat digalakkan dalam ajaran Islam begitu juga dengan budaya dan sifat masyarakat Melayu yang menghormati orang yang merendah diri.
7.3.1 Merendah diri yang dimaksudkan tidak bererti kita tunduk atau mengalah dengan orang lain.
7.3.2 Segala kemampuan dan kebolehan yang dimiliki tidak perlu ditunjuk dan dibanggakan dengan cara yang tidak digemari masyarakat Malaysia.
7.3.3 Masyarakat Malaysia amat menghormati serta menyukai sifat merendah diri tetapi mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh terhadap sesuatu prinsip.
7.3.4 Sikap merendah diri ini perlu bersesuaian dengan masa, keadaan dan tempat di mana kita berada.
7.3.5 Apabila berada di luar negara serta berurusan dengan masyarakat luar, sikap merendah diri perlu dielakkan untuk mencerminkan kekuatan, keyakinan dan kemampuan kita sebagai rakyat Malaysia, tetapi bukan dengan cara kekasaran dan penindasan.
7.4. PENERIMAAN
Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur terpaksa. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran.
7.4.1 Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua perkara baik dan mendapat persetujuan secara bersama.
7.4.2 Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini.
7.4.3 Semua program dan peruntukan kewangan daripada kerajaan wajar diagihkan secara adil, menyeluruh dan saksama mengikut keperluan tanpa sekatan, lapisan masyarakat, kaum, etnik, agama dan fahaman politik.
7.4.4 Semua peluang seperti pendidikan, biasiswa, subsidi, bantuan kewangan dan agihan projek perlu adil mencerminkan keperluan ‘1 Malaysia’.
7.4.5. Pembangunan diri tanpa mengambil mengira jantina dan latar belakang etnik sebaliknya ditentukan oleh keupayaan peribadi dan bakat seseorang.
7.5 KESETIAAN
Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri.
7.5.1 Kesetiaan kepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu organisasi adalah teras kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan, kecemerlangan dan.
7.5.2 Pengikut perlu menunjukkan kesetiaan dan ketaatan kepada ketua kerana organisasi yang berpecah dan tidak setia kepada arahan ketua akan mengalami kehancuran.
7.5.3 Kesetiaan akan membina kepercayaan serta menjalin satu ikatan peribadi antara dua pihak.
7.5.4 Perhubungan dan ikatan yang kukuh melalui kesetiaan perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas terhadap perhubungan sama ada dengan kawan, keluarga atau pemimpin.
7.5.5 Kritikan dan pandangan yang membina perlu diterima dalam perhubungan bagi menterjemahkan kepada kejayaan. Mengkritik secara betul terhadap kesilapan atau kekurangan adalah lambang setia kawan.
7.5.6 Kritikan dalam usaha membina kekuatan perlu dilakukan dengan bijaksana dan dengan niat yang baik agar segala kelemahan dan kesilapan dapat dibaiki untuk kebaikan bersama.
7.5.7 Pemimpin atau ketua sesuatu organisasi perlu menghindari sikap sombong, tidak mahu ditegur atau dikritik.
7.5.8 Kesetiaan perlu disertai dengan keupayaan melaksanakan tugas dengan cemerlang.
7.5.9 Nilai atau ganjaran kepada kesetiaan perlu berasaskan kepada keupayaan, pencapaian dan kemajuan yang dilaksanakan dalam setiap perhubungan.
7.5.10.Kesetiaan atau perhubungan yang membuta tuli tanpa sebarang kemajuan adalah tidak bernilai. Perhubungan yang berasaskan kepada cara mengampu perlu dihindari agar tidak disalah gunakan oleh pihak yang sering mengambil kesempatan.
7.6 MERITOKRASI
Meritokrasi merupakan satu hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu pembangunan negara.
7.6.1 Dalam keadaan tertentu terdapat pihak yang kurang bernasib baik
atau ketinggalan seperti masyarakat yang tinggal di kawasan pendalaman, estet-estet dan perkampungan baru adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk membantu golongan tersebut..
7.6.2 Meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka berasaskan kriteria-kriteria yang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi kriteria-kriteria tersebut berhak dipilih.
7.6.3 Dalam melaksanakan prinsip meritokrasi, pemilihan berasaskan prestasi dan budaya cemerlang akan memaksimumkan potensi Malaysia dalam semua bidang.
7.6.4 Dalam aspek pemerolehan kerajaan, pemilihan syarikat untuk ditawarkan kontrak dibuat melalui tender terbuka dan syarikat yang berjaya hendaklah memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan.
7.6.5 Dalam pemilihan syarikat, kontraktor, pemberi khidmat, perunding dan sebagainya wajar dilaksanakan melalui persaingan yang menitikberatkan kepada setiap pihak yang bersaing membuktikan potensi yang kecemerlangan masing-masing dan serta memberi tawaran terbaik merangkumi harga, produk, perkhidmatan dan hasil yang dijanjikan.
7.6.6 Prinsip meritokrasi membudayakan masyarakat Malaysia dalam menghadapi cabaran globalisasi/liberalisasi.
7.7 PENDIDIKAN
Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan.
7.7.1 Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan dari segala-galanya.
7.7.2 Budaya membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai minda yang sentiasa terbuka.
7.7.3 Sekolah aliran kebangsaan telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah vernakular.
7.7.4 Semua aliran, sama ada sekolah kebangsaan , sekolah Cina dan sekolah India hendaklah sentiasa mencari peluang berinteraksi dengan mengadakan aktiviti bersama.
7.7.5 Kurikulum yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran hendaklah menekankan nilai-nilai bersama yang perlu dipupuk untuk membentuk satu Malaysia.
7.8 INTEGRITI
Adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Kepercayaan dan keyakinan diperoleh melalui nilai-nilai integriti. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira kedudukan.
7.8.1 Bersikap jujur terhadap sesuatu tindakan dan percakapan.
7.8.2 Bercakap benar walaupun perkara yang disampaikan itu pahit dan sukar diterima.
7.8.3 Berusaha memperbaiki kesilapan. Setiap perkara atau tindakan yang gagal atau salah perlu diperbaiki bagi mendapatkan hasil yang sempurna.
7.8.4 Menepati janji dan masa adalah sifat mulai yang dituntut dalam agama Islam. Memungkiri janji boleh mengikis kepercayaan dan kesetiaan.
7.8.5 Menerima kritikan dan teguran dengan hati yang terbuka walaupun perkara ini sukar diterima oleh sesetengah pihak. Segala kritikan dan teguran perlu dijadikan iktibar dan panduan untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan
7.8.6 Kelayakan dan kemampuan perlu diberi keutamaan tanpa sebarang kepentingan atau melalui saluran tidak sah.
7.8.7 Mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala tindakan dan perlakuan. Kepentingan negara perlu diletakkan mengatasi segala kepentingan lain. Sifat ingin mengutamakan diri, keluarga dan kelompok tertentu perlu dijauhi.
8. KESIMPULAN
Konsep Satu Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara.
Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.
Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui konsep ‘1 Malaysia’ ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.
Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.
Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1 Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini.
Sumber:
1. www.1Malaysia.com.my
2. Akhbar-akhbar tempatan
3. Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
08 Ogos 2009
PROGRAM RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP) 2009

Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti SM Ken Hwa Keningau, melalui Rakan Muda Seni Budaya akan menganjurkan RIMUP 2009 pada 14/8/2009 (Jumaat) di Dewan Utama SM Ken Hwa. Pelbagai acara akan dipersembahkan dalam program tersebut seperti persembahan pantomin, tarian,nyanyian dan peragaan pakaian tradisional pelbagai kaum ( Melayu, Cina, India & Kadazandusun Murut ). Semua guru dan pelajar SM Ken Hwa dijemput untuk memeriahkan program tersebut. Para guru dan pelajar diwajibkan memakai pakaian kebangsaan atau pakaian tradisional kaum masing-masing. RIMUP 2009 akan menggabungkan 4 perayaan utama di Malaysia iaitu Hari Raya, Tahun Baru Cina, Pesta Ponggal & Pesta Kaamatan. Jumpa anda di sana. Satu Malaysia Pelbagai Budaya.
02 Ogos 2009
EXCEL 2 PMR 2009
31 Julai 2009
HARI BELIA PERINGKAT NEGERI SABAH
HARI PAHLAWAN
13 Julai 2009
MENDAKI GUNUNG
Mendaki gunung adalah sejenis sukan yang dinggap besar di beberapa negara di dunia ini. Mencari jalan dan berikhtiar supaya kamu selesa ketika berada di gunung itu memerlukan kamu mempraktikkan semula segala yang kamu pelajari dalam ilmu Pengakap
Ketika mendaki gunung, haluan kamu selalu berubah kerana semasa berjalan naik turun di celah gaung dan lereng gunung itu, kamu tidak nampak lagi tanda alamat yang biasanya menjadi pedoman kamu. Jadi kamu perlu menentukan narah dengan melihat matahari dan menggunakan kompas, dan sentiasa mengagak.
Ada juga kemungkinan kamu terperangkap dalam kabus yang boleh mengganggu pedoman. Ini boleh berlaku kepada orang yang betul-betul memahami tempat itu sekalipun.
02 Julai 2009
PELANCARAN KEMPEN SIHAT MINDA
30 Jun 2009
MENGEMBARA WAKTU MALAM
Pada waktu malam yang sepi, bunyi boleh kedengaran lebih jauh daripada siang hari. Jika kamu lekapkan telinga kamu ke atas tanah atau kepada sebatang kayu, atau terutama sekali pada tambur yang terletak di atas tanah, kamu akan terdengar bunyi gegaran tapak kaki kuda berlari atau hentak kaki orang berjalan jauh dari tempat itu.
Satu cara lagi ialah dengan mengambil pisau lipat bermata dua, buka kedua-dua matanya dan pacakkan satu daripadanya ke tanah. Kemudian gigit baik-baik mata yang lagi satu, dan kamu akan mendengar bunyi dengan lebih jelas lagi.
Suara manusia, walaupun bercakap dengan perlahan-lahan, boleh didengar jauh dan tidak akan dikelirukan dengan bunyi yang lain.
28 Jun 2009
MENGGUNAKAN KAPAK

Seorang yang baru pertama kali menggunakan kapak, biasanya cuba hendak menyembunyikan kejahilannya dengan menghayun kuat-kuat. Jika perbuatannya itu diperhatikan oleh seorang yang sudah mahir, dia tentu tersenyum kerana dia tahu orang baru itu akan mengalami sakit pinggang, seperti dia sendiri pernah mengalaminya pada masa dia mula-mula belajar mengapak dulu. Jangan cuba menghayun kuat-kuat. Tujukan saja betul-betul mata kapak itu ke tempat yang hendak dipotong.Ayunan dan berat kapak itu akan menolong kamu membuat kerja yang selanjutnya. Ayunan hendaklah serong sedikit, jangan tepat ke bawah.
Seorang yang mahir menggunakan kapak boleh mengapak dengan baik sama ada dengan tangan kanan atau tangan kirinya. Pokok pangkalnya ialah pada latihan.
26 Jun 2009
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
25 Jun 2009
MENGENAL CUACA
Ahli Pengakap patut mengingat perkara-perkara berikut:
Merah di malam hari, kesukaan gembala biri-biri (alamat elok di hari esok).
Merah sebelah pagi, amaran kepada gembala (alamat hujan akan tiba).
Kuning waktu matahari terbenam, alamat angin akan mengancam.
Kuning pucat waktu senja, hujanlah alamatnya.
Embun dan kabus pagi hari, alamat cuaca baik sekali.
Jika fajar rendah, cuaca baik akan terserlah.
Fajar yang tinggi, alamat berangin sepanjang hari.
Jika awan lembut, cuaca baik akan menyambut.
Awan yang keras alamat angin seperti kipas.
Awan bergulung tanda angin kencang menyabung.
Awan hitam membawa hujan tak diam-diam.
24 Jun 2009
COGANKATA PENGAKAP
Fikiran kamu selalu sedia dengan cara melatih diri patuh kepada segala perintah dan memikirkan terlebih dahulu sebarang kemalangan atau keadaan yang mungkin berlaku, supaya kamu tahu perkara yang betul yang patut kamu buat pada ketika yang dikehendaki, dan kamu sedia pula membuatnya.
Tubuh badan kamu sedia dengan cara menjadikan diri kamu kuat dan cergas serta boleh melakukan perkara yang betul pada ketika yang dikehendaki, serta sedia melaksanakannya.
21 Jun 2009
BAGAIMANA PENGAKAP MENCARI WANG
Ada banyak cara untuk seorang Pengakap, atau satu Patrol secara bekerjasama boleh mendapat wang. Memperbaiki perabot-perabot lama adalah usaha yang lumayan. Bingkai gambar, sangkar burung, anak-anak patung boleh dijual dengan mudah. Memelihara burung kenari, ayam atau arnab juga boleh mendatangkan wang. Begitu juga memelihara lebah.
Ini adalah beberapa cadangan sahaja. Banyak lagi cara yang boleh kamu fikirkan untuk mendapatkan wang mengikut keadaan dan tempat kamu berada.Tetapi bagi mendapatkan wang kamu mestilah bekerja kuat.
SELAMAT HARI BAPA
19 Jun 2009
PERTANDINGAN KAWAD KAKI
Tahniah kepada semua ahli pengakap yang menyertai pertandingan kawad kaki antara unit beruniform di SM Ken Hwa pada 19 Jun 2009 kerana menjadi johan pertandingan tersebut. Kekalkan disiplin dan komitmen anda dalam semua aktiviti yang akan diikuti pada masa depan. Tahniah, teruskan maju ke hadapan.
Keputusan pertandingan kawad kaki 2009:
Johan : Pengakap 06 SM Ken Hwa Keningau
Naib Johan : Kadet Polis SM Ken Hwa Keningau
Ketiga : Badan Bulan Sabit Merah SM Ken Hwa Keningau
18 Jun 2009
PERGERAKAN PENGAKAP
Powel ialah bekas anggota tentera berpangkat Leftenan Jeneral. Selepas penubuhan Pergerakan Pengakap, beliau memperkenalkan Pandu Puteri ("Girl Guides") pada tahun 1910 dengan bantuan saudara perempuannya, Agnes Baden-Powell. Pada tahun 1910, Pergerakan Pengakap bermula di Malaysia.
Sekumpulan kecil Kumpulan Pengakap ditubuhkan pada tahun 1908 diberikan hak memakai saputangan hijau sebagai penghormatan keahlian mereka bagi kumpulan perintis.
Pergerakan Pengakap merebak ke seluruh United Kingdom tidak lama selepas penerbitan Scouting For Boys. Pergerakan Pengakap dengan pantas menjadi organisasi tersendiri. Pergerakan Pengakap berjalan dengan pantas ke seluruh Empayar British. Unit luar yang pertama disah dan dicatatkan (chartered) di Malta. Benih Pengakap bermula di Mafeking, Afrika Selatan, di mana Baden Powell berkhidmat sebagai pegawai pemerintah ketika Perang Boer 1899 - 1902. Baden-Powell mempertahankan bandar tersebut daripada Boers (Afrikaner), yang berganda lebih besar jumlahnya berbanding anggotanya pada nisbah lapan kepada satu. Dia membentuk Kor Kadet Mafeking untuk membantu menyokong anggota tentera. Kor tersebut dianggotai sepenuhnya oleh sukarelawan remaja lelaki. Baden-Powell melatih pemuda tersebut dan mereka membuktikan diri mereka dengan baik, membantu mempertahankan bandar tersebut dengan jayanya (1899 - 1900). Setiap anggota Kor Kadet menerima lencana, gabungan titik kompas dan kepala lembing. Logo ini akhirnya menjadi fleur-de-lis, yang diambil Pengakap sebagai simbol antarabangsanya.
Batu peringatan di Pulau Brownsea, Pelabuhan Poole, England, memperingati kem Pengakap pertama.
Hasil daripada statusnya sebagai wira antarabangsa, didapati hasil daripada usaha gigihnya mempertahankan Mafeking ketika Pengepungan Mafeking "Siege of Mafeking", manual latihan tentera Baden-Powell, Aids to Scouting (Bantuan kepada Pengakap) (ditulis pada 1899) menjadi jualan utama dan digunakan oleh guru dan organisasi remaja.
Pada 1906, Ernest Thompson Seton menghantar satu salinan bukunya kepada Baden-Powell berjudul The Birchbark Roll of the Woodcraft Indians (Gelong Kulit kayu Birch mengenai Seni Rimba Indian). Seton, berbangsa Kanada kelahiran British tinggal di Amerika Syarikat, kemudiannya bertemu Baden-Powell dan mereka berkongsi idea mengenai program latihan remaja.
Baden-Powell digalakkan untuk menulis semula Aids to Scouting untuk pembaca muda. Pada 1907 Baden-Powell telah menyiapkan draf bertajuk Boy Patrols. Pada tahun yang sama, untuk menguji sebahagian ideanya, Baden-Powell telah mengumpulkan 22 orang budak lelaki dari latar belakang sosial yang berlainan dan mengadakan perkhemahan selama seminggu, bermula 29 Julai, di Pulau Brownsea di Poole Harbour, Dorset, England. Kaedah organisasinya, sekarang dikenali sebagai Kaedah Patrol "Patrol Method", merupakan kunci kepada kaedah Pengakap, membenarkan kanak-kanak lelaki untuk menyusun diri mereka dalam kumpulan kecil dengan Ketua Patrol yang dilantik. Pada musim luruh 1907, selepas menerbitkan draf bukunya dan ekspedisi perkhemahan yang berjaya, Baden-Powell memulakan lawatan ceramah yang intensif yang diatur oleh penerbit bukunya, Pearsons, untuk mempromosi bukunya yang akan datang. Bermula Januari 1908 penerbitan pertamanya muncul sebagai enam ansuran dalam majalah budak lelaki yang diterbitkan dua kali sebulan.
Bahagian tersebut kemudiannya diterbitkan dalam bentuk buku sebagai Scouting for Boys (Pengakap untuk Budak-budak Lelaki), pada masa sekarang dianggap sebagai edisi pertama Boy Scout Handbook (Buku Rujukan Pengakap). Pada masa itu Baden-Powell bermaksud buku tersebut akan memberikan idea untuk pertubuhan sedia ada, khususnya Boys' Brigade. Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki membentuk patrol Pengakap secara spontan dan membanjiri Baden-Powell dangan permohonan untuk bantuan. Dengan cara ini pergerakan Pengakap muncul tanpa disengajakan dan terbentuk disebabkan pergerakkannya sendiri. Ketika Pergerakan Pengakap berkembang, Unit Pengakap Laut "Sea Scout" dan Pengakap Udara "Air Scout" ditambah kepada pilihan Pergerakan Pengakap. Baden-Powell tidak dapat menasihati kesemua remaja yang meminta bantuannya. Untuk memberikan pimpinan dewasa, latihan diperlukan. Lencana Rimba "Wood Badge" dimajukan untuk mengiktiraf latihan kepimpinan dewasa. Pada tahun 1919 Gilwell Park dibeli sebagai tapak latihan dewasa dan tapak perkhemahan Pengakap. Baden-Powell turut menulis buku untuk membantu pemimpin yang berjudul Aids to Scoutmastership (Panduan untuk Kemahiran Berpengakap).
F.M.C Baden Powell, adik kepada BP memperkenalkan Pengakap Udara menjelang Perang Dunia Kedua. Dengan penubuhan unit ini ia membantu England dalam kempen Battle of Britain.
Warrington Baden Powell, abang kepada BP memperkenalkan Pengakap Laut menjelang Perang Dunia Kedua. Dengan penubuhan unit ini juga membantu England menjaga dan memerhati diperairan lautnya dengan bantuan unit tentera lautnya diperbatasan menjelang Perang Dunia Pertama
17 Jun 2009
KOMPAS
1. Bahagian-bahagian di dalam setiap kompas.
Sebuah kompas perlu kejab. (compact), lasak, ringan dan mudah dikendalikan. Jarum kompas perlu mengimbang balik sekiranya kompas tersebut berpusing. Untuk itu jarum tersebut perlu berada di dalam tabung cecair. Kompas juga perlu mendapat satu tanda yang senang untuk satu laluan perjalanan.
2. Mata Pedoman Kompas.
1. Utara, selatan. Timur dan barat adalah tanda mata pedoman yang penting pada kompas. Ada lagi dua belas mata pedoman di antara mata-mata pedoman yang penting ini, umpanya Barat Daya. Kesemua sekali ada enam belas mata pedoman.
2. Untuk lebih tepat lagi, satu bulatan ddibahagikan kepada 360o . Keempat-empat tanda pedoman yang penting adalah 900 (timur), 180o (selatan), 270o (barat) dan 360o (utara).
3. Bering
Bering memberikan tanda arah yang tepat dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Bering adalah sudut yang diukur mrngikut perjalanan arah jam, dari satu garisan dengan garisan yang ditetapkan. Garisan yang ditetapkan selalunya adlah utara, melainkan garisan lain diberikan.
4. Utara sebenar, Megnetik dan Grid
1. Ada tiga jenis utara.
1. Utara Sebenar - Arah ke Khutub Utara
2. Utara Megnetik - Arah yang ditunjukkan oleh megnet.
3. Utara grid - Arah utara selatan garisan grid.
2. Selagi utara sebenar atau megnetik tidak ditetapkan dengan bering, bering yang dipakai ialah bering grid.
3. Sudut yang terdapat diantara utara megnetik dan utara Sebenar di mana tempat sekali pun adalah perubahan megnetik untuk tempat itu.
4. Khutub megnetik berubah sedikit setiap tahun, jadi sedikit perubahan kepada utara megnetik dan perubahan mengetik terjadi pada setiap tahun. Maklumat yang penuh diberikan di dalam maklumat ditepi peta, bagi semua peta topografi. Untuk semua peta semenanjung Malaysia, perubahan megnetik tahunan adalah terlalu kecil, dengan itu tidak perlu dibuat perubahan pada bering dari megnetik ke bering grid.
5. Bering Belakang.
1. Bering ke belakang memberi arah dari tempat yang anda lihat ke tempat anda sekarang. Bering kebelakang di ambil dari dua tempat atau lebih untuk mencari kedudukan.
2. Pilih dua kedudukan atau lebih yang anda daapat lihat di atas tanah dan tentukan kedudukan, tempat di atas peta. Kedudukan ini mestilah jauh antara satu sama lain untuk mendapatkan sudut siku apabila bering belakang dilukiskan di atas peta. Ambil bering kedudukan-kedudukan itu dan ubahkan ke bering belakang. Caranya adalah seperti berikut:-
a. Jika bering ke satu kedudukan itu kurang dari 180o, tambah 180o.
b. Jika bering ke satu kedudukan itu lebih dari 180o , tolak 180o
c. Ubahkan bering belakang dari bering megnetik ke bering grid (ini tidak perlu di Malaysia).
1. Setiap bering kurang dari 180o di campur 180o .
1. Bering belakang 120o = 120o + 180o = 300o .
Setiap bering melebihi 180o ditolak 180o
5.3.2 Bering belakang 200o = 200o - 180o = 20o .
6. Menggunakan Tiga Kedudukan Yang Diketahui
Sebagai satu perlindungan dari berlakunya kesilapan, kedua-dua cara boleh menggunakan tiga cara panduan berbanding dengan dua. Apabila ini sudah dilakukan, kemungkinan ketiga-tiga bering ini tidak akan bertemu tepat pada satu tempat. Kemungkinan akan terjadi satu tiga segi yang kecil ditempat interseksyen tadi. Jika tiga segi kecil, bolehlah diambil tengah-tengah tiga segi tadi sebagai kedududkan yang dikehendaki. Jika tiga segi tadi besar, kemungkinan kesalahan telah berlaku, Bering-bering perlu diperiksa semula.
14 Jun 2009
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
13 Jun 2009
PERTOLONGAN CEMAS
Walaupun pengakap bukanlah orang yang pakar dalam pertolongan cemas atau ilmu perubatan, namun mereka harus tahu sedikit sebanyak bantuan rawatan sementera ini. Ini tidak dapat dielakkan kerana pengakap yang mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti, sering juga berhadapan dengan kemalangan dan kecederaan. Oleh itu, mereka harus tahu cara-cara merawat segera.
PANDUAN MENYEDIAKAN BUKU LOG PENGAKAP
Dewasa ini, mutu Pengakap yang ditunjukkan hari ini semakin dipertikaikan di mana-mana tempat wujudnya Pergerakan Pengakap ini. Dalam perkara ini, langkah terbaik yang harus dilakukan oleh para Pemimpin bukanlah menuding jari sesama sendiri ataupun terus duduk diam tanpa sebarang tindakan susulan. Para Pemimpin haruslah menguatkan semangat dan menaikkan semula semangat serta komitmen mereka untuk memimpin dan membantu ahli Pengakap dibawah bimbingan mereka. Kekurangan dari segi pengetahuan dan sumber rujukan bukanlah sesuatu alasan yang seharusnya ditimbulkan kerana secara tidak langsung, apabila ianya muncul, semangat Berpengakap itu dengan sendirinya akan berkurangan dan semakin menjadi malap.
Apa yang harus disematkan di dalam minda Pemimpin itu sendiri adalah Pengakap itu merupakan satu Pendidikan Sepanjang Hayat. Pemimpin Pengakap di peringkat yang tertinggi pun tidak lepas daripada tuntutan untuk belajar dan meningkatkan pengetahuan mereka dalam Berpengakap. Ini adalah untuk memastikan bahawa Kepengakapan itu sentiasa relevan dan diterima walau macamana sekalipun perubahan yang berlaku terhadap persekitaran dan gaya hidup masyarakat.
Satu contoh pembelajaran dalam Pengakap di semua peringkat adalah mengajar serta melatih Pengakap lain dan diri sendiri bagaimana menyediakan buku log.
Saya sendiri telah melihat dan meneliti beratus naskah buku log Pengakap yang rupa, bentuk dan cara penyediaannya berbeza antara satu sama lain. Hasil penelitian ini telah saya gabungkan dengan kehendak pemeriksa, kesesuaian serta kepadatan isi kandungan dan saya wujudkan dalam bentuk satu garis panduan yang boleh membantu Pemimpin dan para ahli Pengakap dalam menyediakan sesebuah Buku Log.
Panduan yang ditulis ini bukanlah satu kaedah yang MUKTAMAD ataupun wajib dipatuhi dipatuhi, tetapi sekadar garis panduan untuk memudahkan para pembaca memahami kaedah serta bagaimana memulakan penulisan sesebuah buku log.
NOURMAN RAYN DATUK AWANG ZAINI
Setiausaha Latihan Negeri
Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah
Kota Kinabalu
Dalam dunia kepengakapan, sesebuah laporan kemajuan, pencapaian dan aktiviti bertulis atau dicatatkan oleh seseorang Pengakap yang mengambil sesuatu ujian lencana atau anugerah adalah dipanggil sebagai ‘Buku Log’.
Buku Log seharusnya mengandungi catatan rekod yang diharapkan boleh dijadikan panduan, laporan dan juga pengesahan terhadap penglibatan seseorang Pengakap itu. Ianya juga boleh merupakan rakaman peristiwa yang berlaku dan catatan harian bagi sesuatu aktiviti Pengakap.
Sehubungan itu, seseorang pencatat buku log haruslah mengasah kemahiran meneliti dan menghalusi pemahaman terhadap persekitarannya serta mampu pula menzahirkannya dalam bentuk penulisan, lakaran mahupun bantuan visual ataupun grafik.
Di dalam buku log ahli Pengakap, Pemimpin juga boleh mencatat komen terhadap penulisan serta memberikan pengesahan terhadap ujian yang diambil oleh ahli Pengakap tersebut.
NOTA:
Semasa Ujian Pentarafan Pengakap Raja, buku log peserta akan diperiksa oleh Lembaga Pentaraf Pengakap Raja Negeri untuk melihat sejarah serta penglibatan peserta dalam Kepengakapan secara keseluruhan. Jadi, pemeriksa akan mengharapkan yang peserta akan melampirkan atau melekatkan salinan sijil-sijil kelulusan bagi lencana dan ujian terbabit di dalam buku log mereka.
Setakat ini, tiada had piawai bagi jumlah mukasurat sesebuah buku log. Namun berdasarkan pengalaman, buku log yang baik hendaklah mempunyai sekitar 200 – 300 helaian dan sebaiknya yang berkulit tebal agar ianya boleh disimpan dengan baik pada satu jangka masa yang lama.
Satu persoalan yang sering ditimbulkan oleh Pemimpin Pengakap kepada saya ialah ‘Berapa banyak Buku Log harus disediakan oleh setiap Pengakap yang ingin mengambil ujian tertentu?’
Saya masih ingat sewaktu saya menjadi ahli Pengakap Kanak-kanak dahulu, saya menyimpan semua rekod dan nota Pengakap saya di dalam SATU buku log bersaiz 21 cm X 17 cm dengan ketebalan 600 mukasurat. Dan buku tersebut juga saya gunakan sepanjang tempoh saya menyertai Pengakap Kanak-kanak sehingga saya menamatkan persekolahan rendah saya. Maksudnya, kesemua catatan, nota dan pengesahan Pemimpin kami terhadap Ujian Lencana Keahlian hingga Lencana Keris Emas saya catatkan dalam satu buku. Itu merupakan kelaziman di kalangan Pengakap pada masa tersebut.
Namun begitu, bukan senang untuk menjaga sebuah buku untuk satu tempoh yang lama. Malah ianya berkemungkinan hilang dalam sesuatu program atau aktiviti yang disertai oleh seseorang Pengakap. Kesannya, seseorang Pengakap yang kehilangan buku lognya harus memulakan semula catatan buku lognya dari awal. Nota tersebut mungkin boleh ditulis semula, tetapi bagaimana pula dengan pengesahan Pemimpin yang telah diterimanya?
Berikut merupakan cadangan bagaimana pembahagian catatan Buku Log bagi tajuk-tajuk asas yang sesuai dan mudah dijaga oleh seseorang Pengakap.
UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK
1) Catatan Peribadi (Maklumat diri) + Lencana Keahlian - 1 buku
2) Lencana Keris Gangsa - 1 buku
3) Lencana Keris Perak - 1 buku
4) Lencana Keris Emas + Rambu Pengakap Kanak-kanak - 1 buku
UNIT PENGAKAP MUDA
1) Catatan Peribadi (Maklumat diri) + Lencana Keahlian - 1 buku
2) Lencana Usaha - 1 buku
3) Lencana Maju - 1 buku
4) Lencana Jaya + Rambu Pengakap Muda - 1 buku
5) Buku Log Pengembaraan - 1 buku
UNIT PENGAKAP REMAJA
1) Lencana Ekspedisi - 1 buku
2) Lencana Jayadiri - 1 buku
3) Lencana Kegiatan - 1 buku
4) Lencana Kemahiran - 1 buku
5) Lencana Perkhidmatan - 1 buku
6) Ujian Sikap - 1 buku
UNIT PENGAKAP KELANA
1) Catatan Peribadi + Lencana Keahlian + Vigil + Pertabalan - 1 buku
2) Lencana-lencana Kemajuan - 1-5 buku
3) Projek - 1 buku
* Bagi semua unit-unit Pengakap di atas, program atau aktiviti tambahan yang disertai seperti perkhemahan, kursus, jambori dan sebagainya boleh dimuatkan dalam 1 buku berasingan.
Kegunaan Buku Log sebenarnya bukan hanya terhad kepada ahli Pengakap yang ingin mengambil ujian. Pemimpin serta Pesuruhjaya Pengakap juga masih boleh menggunakan kaedah buku log untuk merekodkan benda-benda seperti berikut :
- Kemajuan atau prestasi ahli Pengakap di bawah bimbingannya.
- Kursus dan seminar yang dijalani
- Jambori dan perkhemahan yang dihadiri
- ‘Trip’ atau rombongan lawatan yang disertai
Nota : Hingga kini, saya masih membuat catatan Buku Log Setiausaha Latihan Negeri yang mencatatkan maklumat berkaitan perjalanan serta Kursus-kursus Kepimpinan Manikayu dan Vigil Pengakap Kelana yang saya hadiri dan bantu di serata negeri.
MAKLUMAN:
Untuk kegunaan Pentarafan Pengakap Raja, pihak Lembaga Pentaraf Negeri telah menetapkan bahawa setiap calon harus menghantar atau membawa bersama buku-buku log berikut untuk diperiksa serta bagi kegunaan ujian semasa pentarafan.
1) Buku Log Catatan peribadi / Lencana Keahlian
2) Buku Log Lencana Usaha
3) Buku Log Lencana Maju
4) Buku log Lencana Jaya
5) Buku log Pengembaraan
6) Buku log Lencana Jayadiri
7) Buku log Lencana Kegiatan
8) Buku log Lencana Kemahiran
9) Buku log Lencana Perkhidmatan
10) Buku log Lencana Ekspedisi
11) Buku Log Ujian Sikap
* Buku-buku Log tersebut di atas haruslah telah disahkan oleh Pesuruhjaya Daerah atau sekurang-kurangnya Pemimpin Kumpulan.
Saiz dan ketebalan
Saiz Buku Log yang sesuai adalah 21 cm x 32 cm dengan ketebalan 200 muka surat dan berkulit tebal. (200 Foolscap Book)

Kulit Luar (Cover)
Kulit luar buku amat penting dijaga agar ianya tahan lama dan tidak mudah rosak. Sebaiknya kulit buku tersebut dibalut dengan plastic (pvc book wrapper) agar tidak mudah binasa akibat basah.
Logo bagi ujian atau lencana berkaitan boleh dilekatkan bagi memudahkan penulis serta pemeriksa membezakan buku-buku log yang ada mengikut isi kandungannya.

Contoh bagi lapisan luar buku yang telah saya keluarkan bagi pihak Majlis Pengakap Daerah Penampang.
Halaman pertama
Halaman pertama merupakan halaman yang paling penting kerana di sinilah selalunya para pemeriksa dapat membuat pemerhatian umum dan mengagak kesungguhan penulis dalam menyediakan buku tersebut (First impression evaluation).
Sebaik-baiknya halaman pertama dimuatkan dengan maklumat peribadi penulis. Contoh maklumat adalah seperti berikut :
Maklumat Asas
Nama Penuh
No. Sijil Lahir / Kad Pengenalan
Tarikh dan Tempat Lahir
No. telefon / Telefon bimbit
Alamat e-mail / url
Alamat surat menyurat
Maklumat Kepengakapan
Tarikh Mula Berpengakap
Nama Sekawan / Patrol (terkini)
No. Kumpulan / Troop / Krew (terkini)
Nama dan alamat Sekolah (terkini)
Daerah (terkini)
Maklumat Waris dan Alamat Perhubungan
Alamat tetap
Nama Bapa dan pekerjaannya
No. telefon / Telefon bimbit
Nama Ibu dan PekerjaannyaNo. telefon / Telefon bimbit

Halaman kedua
Halaman kedua selalunya adalah lebih baik dimuatkan kandungan atau sukatan bagi ujian lencana (bagi buku log lencana). Ruangan untuk tandatangan pengesahan pemimpin beserta tarikhnya juga harus disediakan di tepi kanan setiap tajuk ujian yang disenaraikan.
Nota :
Di masa lepas, setiap Pengakap dibekalkan dengan 'Kad Ujian' (Laporan Kemajuan) mengandungi sukatan ujian serta ruangan tandatangan Pemimpin. Dan kad ini dilekatkan pada buku log.
Pada hari ini, Buku Log berfungsi sebagai 'Kad Ujian' bagi setiap ahli Pengakap.

Ruangan Catatan di setiap muka surat
Adalah dicadangkan agar ruangan selebar 1 – 2 inci disediakan di sebelah kanan setiap muka surat di dalam buku log. Ini adalah untuk memudahkan perkara-perkara berikut :
1) Ruangan bagi komen, ulasan dan pengesahan pemeriksa buku.
2) Pembetulan fakta yang perlu dibuat selepas selesai penulisan.
3) Penambahan fakta
(jika tertinggal semasa menulis nota / fakta yang diperolehi sesudah penulisan nota)


Contoh kegunaan ruangan kosong di sebelah kanan setiap muka surat di dalam Buku Log.
Foto, lakaran dan sampel di dalam buku log
Penulis bebas untuk menggunakan foto, lakaran, lukisan mahupun sebarang bentuk ilustrasi untuk menyokong laporan ataupun nota di dalam buku log mereka. Namun, ianya haruslah tulen dan menggambarkan perkara sebenar mengikut skim ataupun berdasarkan pengalaman ataupun apa yang telah dilakukan oleh penulis.


Contoh laporan bergambar di dalam Buku Log
Contoh sampel yang disimpan di dalam Buku log
Contoh lukisan di dalam Buku Log
Bentuk penulisan dan isi nota
Penulisan di dalam Buku Log haruslah benar, asli dan jelas. Penulis haruslah menggunakan ayat yang ringkas tetapi padat, tepat dan jelas. Elakkan penggunaan ayat yang panjang berjela-jela.

Contoh bentuk penulisan laporan
Apakah yang perlu dimuatkan di dalam Catatan peribadi?
Buku Log Catatan Peribadi lebih merupakan 'Profail' diri penulis secara keseluruhan.
Di dalam buku tersebut, antara bahan-bahan yang boleh dimuatkan adalah seperti berikut :
1) Maklumat lengkap penglibatan dalam Pengakap
2) Kursus-kursus yang telah dihadiri (beserta salinan sijil berkaitan)
3) Ujian-ujian yang telah dilepasi (beserta salinan sijil berkaitan)
4) Kemahiran khusus atau luar skim latihan yang dimiliki.
Kesimpulan
Apa yang dicatatkan di dalam Buku Log haruslah berbentuk laporan terhadap apa yang telah dilakukan oleh penulis dan bukannya SALINAN nota dari bahan rujukan lain. (Kecuali sesetengah nota yang berbentuk fakta seperti lagu kebangsaan, tugas dan fungsi jawatan-jawatan tertenu dan sebagainya).
Buku Log adalah merupakan nadi kepengakapan seseorang ahli Pengakap. Ianya merupakan bukti kepada kesungguhan, komitmen serta penglibatan ahli dalam aktiviti, program dan ujian sepanjang mereka berpengakap.

Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap mestilah mendapatkan Lencana Keahlian terdahulu.
Lencana ini diberi mengakui minat dan kegemaran luar seperti berkhemah, memasak, mengembara dan lain-lain.
Untuk lulus Lencana Usaha seseorang Pengakap perlu lulus ujian-ujian berikut : -
A. Cita-cita Pengakap
1. Bendera Malaysia dan Bendera Negeri masing-masing
2. Lagu Negaraku dan lagu negeri masing-masing
3. Menaikkan bendera
4. Nama orang-orang kenamaan
5. Persetian Pengakap & Undang-undang Pengakap
B. Kecergasan dan Kesegaran Jasmani
1. Asas perbarisan
2. Kawat tongkat
3. Isyarat-isyarat tangan Pengakap
4. Halangan komando
5. Melipat dan mengibarkan bendera
C. Kemahiran Berpengakap
1. Menjaga dan menyimpan pisau serta parang
2. Simpula & ikatan : -
- Simpul Himpit
- Simpul Pulih
- Bunga Geti Ganda
- Lilit Balak
- Lilit Taut-line
- Ikat Seraya
- Ikat Serong
3. Undang-undang Lalulintas Jalanraya
4. memilih tapak perkhemahan
5. Keperluan peribadi untuk berkhemah
6. Alatan pertolongan cemas peribadi
7. Menghidupkan api
8. Berkhemah sekuran-kurangnya 1 malam
9. Arah mata angin dan mengenali peta topo
10. Isyarat sulit Pengakap
11. Mengembara 6km
D. Kecenderungan dan Minat
1. Kraftangan
2. Plaster cast
3. Rekod 12 orang sahabat pena
E. Perkhidmatan
1. Balutan anduh
2. Tindakan kecemasan
3. Memandu orang

Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap mestilah terlebih dahulu mendapatkan Lencana Usaha dan dua Lencana Kegiatan
Lencana ini diberi sebagai mengakui kemahiran, kegemaran luar dengan memperkenalkan asas berdikari dan perkhidmatan.
Untuk lulus Lencana Maju seseorang Pengakap perlu lulus ujian-ujian berikut : -
A. Cita-cita Pengakap
1. Organisasi MPD, MPM & PPM
2. Melukis bendera semua negeri Malysia
3. Nama penuh PN, PD & PPD
4. Undang-undang Pengakap
B. Kecergasan dan Kesegaran Jasmani
1. Latihan asas perbarisan
2. Kawat tongkat
3. Upacara mengibarkan dan menurunkan bendera
4. Memanjat tali / pokok
C. Kemahiran Berpengakap
1. Menjaga, mengasah dan menyimpan kapak dan gergaji
2. Teknik menggunakan kapak
3. Simpulan & ikatan : -
- Tindih Kasih Ganda
- Belit Lucut
- Lilit Pasdul
- Simpul Kerusi
- Lilit Pemati Selit
- Simpul Kepala Lalat
- Sambat Balik
- Ikat Silang Gunting
4. Memasak masakan rimba
5. Model projek perintis
6. Kajian 1 perkara berikut : -
- Burung, binatang dan pokok tempatan
- Lawatan bangunan / kawasan penting
- Kawasan tempatan
7. Berkhemah tidak kurang daripada 8 malam
8. Langkah keselamatan berenang
9. Langkah keselamatan kegiatan kerja luar
10. Melakukan 2 perkara berikut : -
- Dapur gas, lampu gas / dapur minyak tanah
- Keperluan berkhemah
- Memasak untuk 2 orang
D. Pengembaraan
1. Jenis kompas dan membaca bereng
2. Sistem kontur, rujukan grid, dan kunci peta
3. Mengembara 8km
4. Ikhtiar hidup
E. Perkhidmatan
1. Balutan
2. Tindakan kecemasan
3. Memanggil Polis, Bomba dan Ambulan
4. Khidmat sukarela

Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap mestilah mendapatkan Lencana Maju, tiga Lencana Kemahiran serta tiga Lencana Perkhidmatan terdahulu.
Lencana ini diberi mengakui kebolehan dan keberanian serta penghargaan diri dalan menalankan tanggungjawab dan kepimpinan.
Untuk lulus Lencana Jaya seseorang Pengakap perlu lulus ujian-ujian berikut : -
A. Cita-cita Pengakap
1. Organisasi Biro Pengakap Sedunia dan Biro Wilayah Asia Pasifik
2. Sejarah tertubuhnya Malaysia
3. Jata Kebangsaan dan Lambang Negeri
4. Tugas kerja Dewan Undangan Negeri
5. Mengenali Ketua Pengakap Negara dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
B. Kecergasan dan Kesegaran Jasmani
1. Latihan asas perbarisan
2. Kawat tongkat semasa berjalan
3. Halangan komando
C. Pepimpinan
1. Menghadiri Kursus Ketua Patrol atau melatih 2 orang untuk Lencana Maju
2. Kebolehan : -
- Merancang dan menjalankan pengembaraan
- Merancang Malam Pengakap
- Menjalankan Mesyuarat Ketua Patrol
3. Membawa bendera
D. Kejayaan
Lakukan 1 kemahiran daripada Kumpulan I, II, III dan IV
Kumpulan I - Cabaran
1. Lakukan 1 : -
- Mendayung perahu
- Melayarkan sampan layar
2. Mendaki bukit
3. Berbasikal 30km
Kumpulan II - Amali
1. Pekerjaan tangan / tukang gambar
2. Mekanik
3. Kod fonetik antarabangsa
4. Khidmat masyarakat
Kumpulan III - Kesungguhan
1. Pengembaraan 10km
2. Gimnastik / seni mempertahankan diri
3. Membuat bekalan dari makanan kering
4. Melakukan 1 berikut : -
- memanah
- memancing
- kajian barang purba
- kajian isi bumi
- pemeliharaan alam sekitar
5. Simpulan & ikatan : -
- Simpul Abah-abah
- Lilit Tindih Kejap
- Simpul Ngah
- Tindih Kasih Air
- Ikatan Pengail
- Sambat Mata
- Lilit Ular / Kacang
- Ikat Silang Tungku
6. Mendirikan pondok sementara
7. Projek perintis
Kumpulan IV - Masyarakat
1. Menyedia, memasak dan melayan
2. Petunjukkan hiburan amatur
3. Perkhidmatan dan menjalankan Malam Pengakap
E. Perkhidmatan
1. Kegunaaan kayu tuap
2. Sistem pemulihan nafas mulut ke mulut
3. Perkhidmatan 6 jam

Demi melayakkan diri menerima Anugerah Rambu Pengakap Muda, seseorang Pengakap mestilah telah memegang Lencana Jaya selama 3 bulan dan menunjukkan sikap serta tingkah laku yang baik dan boleh dicontohi.
Pesuruhjaya Daerah ataupun penolongnya akan memberikan anugerah ini apabila seseorang Pengakap layak.
Anugerah ini merupakan anugerah tertinggi bagi Pengakap Muda sebelum Anugerah Pengakap Raja.
Wisel dipasang pada Rambu sekiranya penerima Anugerah merupakan Ketua Patrol atau Penolong Ketua Patrol.











